mIRC adalah pertandingan inovasi & robotik pertama di Malaysia yang berfokuskan kepada micro:bit peringkat Kebangsaan


Tentang mIRC

Pertandingan ini adalah merupakan pertandingan menggunakan perkakasan micro:bit dan lebih dikenali sebagai microbit Innovation and Robotic Competition (mIRC2026) dianjurkan oleh Elvira Systems Sdn Bhd dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan disokong oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC). Pertandingan ini diadakan pada setiap tahun di negara ini sejak tahun 2018 dan mendapat pengiktirafan peringkat kebangsaan.

Pertandingan ini juga bertujuan meningkatkan persepsi positif masyarakat terutamanya pelajar agar lebih berkeyakinan memilih bidang STEM sebagai bidang pilihan pengajian di peringkat IPT dan sebagai kerjaya mereka.

Di samping itu pertandingan ini dapat memupuk dan melahirkan modal insan yang berinovatif dan kreatif melalui kemahiran berkaitan bidang rekacipta digital, kejuruteraan automasi dan robotik, dan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di kalangan pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah.

Bahagian yang akan dipertandingkan dalam mIRC2026 adalah:

  1. DRON
  2. ROBOTIK

Jom pamerkan bakat Robotik dan kreativiti anda dengan microbit sekarang!



POSTER mIRC2026


Taklimat Akhir mIRC2026


Group Hebahan mIRC2026