Maklumat Dron


1.0 SYARAT AM PENYERTAAN

  • Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah swasta, sekolah antarabangsa, Maktab Rendah Sains Mara, IPG, Kolej Komuniti dan Kolej Vokasional seluruh negara.
  • Penyertaan hendaklah melalui pihak sekolah dan institusi masing-masing.
  • Sebuah sekolah/Institusi yang sama hanya boleh mendaftar maksimum dua (2) pasukan sahaja bagi setiap kategori peserta.
  • Penganjur berhak untuk menggugurkan kategori yang di pertandingkan jika pasukan yang mendaftar kurang daripada 10 pasukan bagi setiap kategori.

2.0 BAHAGIAN DRON

TEMA : PERTANDINGAN KAWALAN DRON DENGAN CABARAN (OBSTACLE)

2.1 Tarikh dan Tempat Pertandingan

  • Tarikh mula pendaftaran penyertaan adalah pada 1 April 2026.
  • Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 10 Ogos 2026
  • Pertandingan ini akan dilaksanakan sepenuhnya secara bersemuka.
  • Pertandingan ini sepenuhnya dijalankan secara bersemuka pada 12 & 13 September 2026 dan dinilai berdasarkan masa terpantas (Time Trial), (bergantung kepada jumlah penyertaan) bertempat di Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM), Bangi, Selangor*(Segala kos perjalanan, makan minum dan penginapan peserta akan di tanggung oleh pihak peserta sendiri)
  • MAKLUMAT TAMBAHAN : Untuk pasukan yang berjaya mara ke peringkat akhir, jika terdapat pasukan yang mempunyai kesulitan/ masalah untuk hadir ke peringkat akhir secara bersemuka, wakil pasukan hendaklah memaklumkan kepada pihak urusetia lebih awal (satu minggu sebelum tarikh akhir pertandingan) untuk mengadakan penjurian di dalam talian, tanpa perlu menghadiri penjurian secara bersemuka.

2.2 Format Pertandingan

  • Pertandingan ini ada secara berkumpulan.
  • Jumlah pelajar dan guru bagi setiap kumpulan: 2 Pelajar dan 1 Guru Pembimbing/mentor.
  • 1 Dron bagi setiap kumpulan.
  • Pendaftaran hendaklah dilakukan melalui sekolah dan institusi peserta masing-masing. 
  • Sebuah sekolah/Institusi yang sama hanya boleh mendaftar maksimum dua (2) pasukan sahaja bagi setiap kategori peserta.
  • Pertandingan dilakukan secara bersemuka dan dinilai berdasarkan masa terpantas.

2.3 Objektif Permainan

  • Setiap pasukan perlu menamatkan kelima-lima stesen untuk mendapatkan mata.
  • Masa yang diberikan hanyalah 3 minit (maksimum) sahaja.
  • Pasukan yang mendapat catatan masa paling pantas akan dikira sebagai pemenang.
  • Markah adalah seperti berikut :
  • (Masa terpantas = Markah pasukan)
  • Segala keputusan pengadil adalah muktamad.

2.4 Kategori Peserta

Peserta pertandingan akan di bahagikan kepada empat kategori, iaitu: 

  • Sekolah Rendah Tahap Dua, Sekolah Swasta, Sekolah Antarabangsa (10 tahun – 12 tahun)
  • Sekolah Rendah PPKI (10 tahun – 12 tahun)
  • Sekolah Menengah Rendah, Sekolah Swasta, Sekolah Antarabangsa, Maktab Rendah Sains Mara (13 Tahun – 15 Tahun)
  • Sekolah Menengah Atas, Institusi Pendidikan Guru, Kolej Komuniti, Politeknik, dan Belia (16 tahun – 20 tahun)

2.5 Yuran Penyertaan

  • Yuran adalah PERCUMA
2.6 Litar Pertandingan Dron Obstacle.

2.6.1 Spesifikasi Dron

  • Hanya HGLRC B200 Soccer Dron standard mengikuti spesifikasi seperti dibawah:
  • i. 200mm diameter spherical frame

    ii. 120mm Wheelbase

    iii. 2.5-inch two-blade propeller

    iv. 7.4V 550mAh module battery

    v. 2.4G Receiving frequency band

    vi. Barometric Altitude Hold

    vii. 6 minutes for Flight Time

    viii. 60 minutes for Charging Time (USB)

    ix. 125mm x 125mm x 110mm dimensions

    x. 75.4g of weight (excluding battery)

    xi. Mempunyai sticker khas Elvira

Contoh Dron Sky Soccer dalam keadaan asal / standard

Contoh pergerakan Dron bagi Kawalan Dron (Obstacle) , Sila rujuk gambar di atas bagi cabaran penuh.  

2.6.2 Cara Permainan

  • Setiap litar permainan akan dikelolakan oleh 1 orang pengadil dan 1 orang penjaga masa.
  • 1 pasukan wajib mempunyai 2 orang peserta dan kedua-dua peserta perlu mengambil bahagian dalam cabaran kawalan dron ini.
  • Kedudukan setiap pasukan pada permulaan permainan akan ditentukan oleh pengadil.
  • Setiap dron mestilah diletakkan di kedudukan permulaan iaitu di kawasan yang akan ditentukan di atas litar.
  • Setiap pasukan diberikan 2 percubaan, dimana peserta pertama dalam pasukan perlu mengawal dron tersebut di pusingan pertama, dan peserta kedua di pusingan kedua.
  • Juri akan mengambil kira keputusan berdasarkan catatan masa terpantas dalam 2 pusingan itu sebagai markah bagi setiap kumpulan.
  • Setiap peserta perlu memastikan dron dan alat kawalan jauh (controller) telah dipadankan (pair) serta dikalibrasi sepenuhnya sebelum pertandingan bermula.
  • Setiap peserta diwajibkan berada di kawasan yang telah ditetapkan oleh pengadil sepanjang permainan berlangsung.
  • Pertandingan ini terdiri daripada lima (5) stesen cabaran halangan (obstacle).
  • Masa akan diberikan selama 3 minit untuk menamatkan kelima-lima stesen.
  • Setiap kumpulan diwajibkan melengkapkan kesemua stesen tersebut dalam tempoh masa tiga (3) minit, sekiranya gagal menamatkan 5 stesen ini, kumpulan tersebut secara automatik akan disingkirkan.
  • Sekiranya dron yang dikawal terjatuh, peserta hanya perlu memulakan semula cabaran dari stesen terakhir yang sedang dilalui, peserta tidak perlu kembali ke stesen pertama, dan perlu melengkapkan kesemua lima stesen tersebut.
  • Sebagai contoh, sekiranya dron terjatuh semasa mengawal dron di stesen 3, peserta hanya perlu sambung stesen 3 tersebut sehingga tamat kelima-lima stesen.
  • Pemarkahan adalah berdasarkan catatan masa terpantas yang direkodkan oleh setiap kumpulan.
  • Penalti masa sebanyak 1 saat akan dikenakan bagi setiap pelanggaran pada halangan (obstacle) yang disediakan.
  • Untuk peserta PPKI Sekolah Rendah & Sekolah Menengah, hanya perlu lengkapkan 3 stesen sahaja.
  • Segala keputusan pengadil adalah muktamad. 

Kawalan Asas Dron